Sukan Asia: Golden Tigers, Thailand berentap lagi di final

28 Sep 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Golden Tigers, Thailand berentap lagi di final

PETALING JAYA – Skuad sepak takraw negara tepati ramalan untuk melangkah ke final acara regu Sukan Asia 2026 selepas menewaskan Filipina 2-1 di Gimnasium Muzuho Park, Nagoya sebentar tadi.

Pada awalnya, skuad negara turun dengan strategi membariskan pasukan yang sama ketika menewaskan Myanmar 2-0 dalam peringkat Kumpulan B dengan Muhammad Afifuddin Mohd Razali selaku perejam, Aidil Aiman Azwawi (feeder) dan Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong).

Namun, skuad Golden Tigers bermula kurang meyakinkan apabila ketinggalan pada awal set pertama sebelum barisan kejurulatihan membuat rombakan dengan memasukkan Mohamad Azlan Alias dan Mohammad Syahir Rosdi.

Keputusan tersebut membuahkan hasil apabila skuad negara bangkit selepas tewas 10-15 pada set pertama untuk menang 15-11 dan 15-7 sekali gus sekali gus bertemu dengan seteru tradisi, Thailand di venue sama, esok. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Golden Tigers, Thailand berentap lagi di final appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved