Sukan Asia: Selangkah tamatkan kemarau 36 tahun

25 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Selangkah tamatkan kemarau 36 tahun

SKUAD sepak takraw negara mahu memberikan sehabis baik agar misi untuk menamatkan kemarau pingat emas selama 36 tahun mampu direalisasikan pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Bagaimanapun, Malaysia perlu mengatur strategi lebih ampuh dan libasan lebih deras untuk menghadapi Thailand pada aksi final yang berlangsung di Nagoya City Mizuho Park Gymnasium.

Malaysia perlu mengelak melakukan kesilapan serupa pada aksi separuh akhir semalam apabila hampir dikejutkan ketika berdepan Indonesia, namun anak buah Ahmad Jais Baharun bangkit mencipta kemenangan 2-1.

Menjelang pertembungan dengan Thailand, skuad negara hadir dengan keyakinan tinggi apabila sebelum ini pernah menundukkan skuad Gajah Perang itu pada Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus membuktikan Malaysia mampu memberi saingan sengit kepada juara bertahan itu.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais menegaskan pentas final adalah medan terbaik buat anak buahnya mengulangi pencapaian bersejarah pada edisi Beijing 1990, sambil mengingatkan pemain bahawa peluang kedua-dua pasukan kini terbuka sama rata.

“Perlawanan akhir adalah pentas kemuncak. Thailand mahu mempertahankan kejuaraan, manakala kita pula bertekad melakar sejarah menamatkan penantian emas acara berpasukan selepas 36 tahun.

“Pingat kejuaraan kini berada di tengah gelanggang. Pasukan yang mampu mempamerkan aksi lebih ampuh dan meminimumkan kesilapan mudah mempunyai peluang terbesar untuk bergelar juara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Jais menuntut anak buahnya mengambil iktibar daripada aksi mendebarkan ketika menentang Indonesia, terutama dengan memastikan mereka tidak mengulangi corak permainan pasif.

The post Sukan Asia: Selangkah tamatkan kemarau 36 tahun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved