
PETALING JAYA – Hasrat Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke final Sukan Asia 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Pada saingan yang berlangsung di Gimnasium Majlis Bandaraya Ichinomiya itu, Pearly-Thinaah yang bermula garang sebelum akur selepas tumbang 21-16, 20-22, 12-21 dalam pertarungan sengit tiga set.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah masih boleh mendabik dada apabila kejayaan mara ke separuh akhir sudah memastikan pingat gangsa buat kontinjen negara.
Lebih manis, mereka menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk meraih pingat dalam acara beregu wanita di Sukan Asia selepas gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei melakukannya pada edisi Incheon 2014 .
Malah, pasangan No. 5 dunia itu menjadi satu-satunya penyumbang pingat buat skuad badminton negara di Sukan Asia 2026 kali ini. – KOSMO! ONLINE
The post Sukan Asia: Pearly-Thinaah hadiahkan pingat gangsa appeared first on Kosmo Online.





