SUKMA 2026: Beregu wanita petanque Selangor mara ke separuh akhir

18 Aug 2026 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Beregu wanita petanque Selangor mara ke separuh akhir

KUALA SELANGOR, 18 OGOS: Selangor mara ke separuh akhir bagi acara beregu wanita petanque dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas pasangan Alya Umairah Nazri dan Amirah Iklil Afzainizam menewaskan Sarawak 12-7, di Arena Petanque Kuala Selangor, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan beregu berkenaan meneruskan perjuangan Selangor selepas skuad tuan rumah itu menghantar dua beregu lelaki dan dua beregu wanita dalam acara berkenaan.

Sebelum ini, Alya Umairah dan Amirah Iklil turut menewaskan Kelantan 10-6 untuk melangkah ke suku akhir.

Sementara itu, masing-masing satu beregu lelaki dan wanita Selangor terkandas pada pusingan round robin, manakala satu lagi beregu lelaki tewas 0-7 kepada Terengganu pada pusingan 16 terbaik.

Alya Umairah dan Amirah Iklil kini menjadi satu-satunya wakil Selangor yang kekal dalam saingan beregu dalam acara petanque dan akan meneruskan perjuangan dalam separuh akhir.

Kejayaan itu turut memberi suntikan semangat kepada kontinjen Selangor dalam meneruskan buruan pingat pada SUKMA 2026.

Orang ramai yang ingin menyaksikan acara petanque boleh mencari lokasi ‘Arena Petanque Kuala Selangor’ menerusi aplikasi Waze atau Google Maps.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved