SUKMA 2026: Li Jie raih perak 800m gaya bebas lelaki

23 Aug 2026 • 6:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Li Jie raih perak 800m gaya bebas lelaki

SHAH ALAM, 23 OGOS: Perenang Selangor, Goh Li Jie menyumbang pingat perak dalam acara 800 meter gaya bebas lelaki pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Beraksi di Akuatik Selangor, Li Jie mencatat masa 8 minit 30.77 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pingat emas menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan, Muhammad Dhuha Zulfikry yang merekodkan 8 minit 18.63 saat, manakala Samuel Chong Wei Lai dari Pulau Pinang meraih gangsa dengan catatan 8 minit 37.12 saat.

Seorang lagi wakil Selangor, Goh Li Hen pula menamatkan saingan di tempat kelima.

Dalam acara 1,500 meter gaya bebas wanita, Chong Yuan Yi turut menyumbang pingat perak kepada Selangor pada hari terakhir saingan renang.

Image from: SUKMA 2026: Li Jie raih perak 800m gaya bebas lelaki
Atlet renang Selangor, Chong Yuan Yi beraksi dalam acara 1500 meter (m) gaya bebas wanita dan meraih pingat perak pada SUKMA Selangor 2026 di Akuatik Selangor, Shah Alam pada 23 Ogos 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Hasrat Yuan Yi menambah koleksi pingat emas peribadi tidak kesampaian apabila ketinggalan kira-kira dua saat di belakang perenang Pulau Pinang, Tan Rui Nee yang meraih emas dengan catatan 18 minit 1.87 saat.

Yuan Yi menamatkan perlumbaan dengan masa 18 minit 3.20 saat, manakala seorang lagi perenang Selangor, Yoong Jia Jia meraih pingat gangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved