Terengganu raih emas, pecah rekod kebangsaan kejar-mengejar berpasukan

22 Aug 2026 • 8:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terengganu raih emas, pecah rekod kebangsaan kejar-mengejar berpasukan

NILAI: Fokus kepada acara lebuh raya tidak menghalang kuartet wanita Terengganu mencipta kejutan berganda apabila menamatkan penantian lapan tahun sejak 2018 untuk merangkul emas kejar mengejar berpasukan wanita sekali gus memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Lebih menarik, Nur Aierin Wadhiah Mohd Adni mengakui skuadnya langsung tidak meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kerana persiapan mereka sebelum temasya lebih banyak tertumpu kepada acara lebuh raya.

“Saya rasa bangga sebab dapat buat rekod baru untuk Terengganu selama lapan tahun, ya lapan tahun tak pecah rekod, akhirnya Terengganu dah pecahkan rekod.

“Tidak banyak bersedia sangat untuk trek sebab kita orang banyak fokus untuk lebuh raya sebenarnya, dekat kem Latihan kita orang di Thailand pun banyak fokus untuk lebuh raya,” katanya.

Kuartet Terengganu yang turut dibarisi Dahlia Hazwani Hasyim, Ameera Alya Md Zahirrudin dan pasangan kembar Nur Aieris Madhiah Mohd Adni mencatat 4 minit 42.878 saat (s) bagi perlumbaan 4,000 meter untuk memadam rekod kebangsaan 4:47.317s yang dipegang oleh Johor pada SUKMA 2022.

Terdahulu, kuarter berkenaan turut memecah rekod pada saingan kelayakan terlebih dahulu dengan catatan, 4.46.824s pagi tadi.

Lebih mengagumkan, kejayaan itu hadir selepas gandingan berkenaan hanya menjalani latihan bersama selama dua tahun dan masing-masing sebelum ini lebih sinonim dengan acara lebuh raya.

Aierin berkata kejayaan Terengganu meraih emas acara berpasukan wanita serta ujian masa berpasukan wanita di lebuh raya turut menyuntik semangat buat mereka ketika beralih kepada persaingan trek.

“Kami mungkin bersemangat beraksi hari ini sebab menang emas dalam lebuh raya. Kami juga tidak menyangka dapat memecahkan rekod tahun ini. Ini mungkin rezeki kami,” katanya.

The post Terengganu raih emas, pecah rekod kebangsaan kejar-mengejar berpasukan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved