
PETALING JAYA – Selangor membuka langkah kanan dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 apabila menewaskan juara bertahan, Wilayah Persekutuan dengan keputusan 3-1 pada aksi Kumpulan C sebentar tadi.
Beraksi di gelanggang keramat Stadium MB Petaling Jaya, skuad muda Gergasi Merahtampil lebih garang apabila berjaya meledak dua gol pada babak pertama untuk mengawal permainan.
Rohisham Haiqal Hashim membuka tirai jaringan pada minit ke-31 sebelum Muhammad Haykal Danish Mohd Haizon menggandakan kelebihan empat minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Wilayah Persekutuan cuba bangkit selepas rehat, namun Selangor terus menunjukkan ketenangan untuk mengawal tempo permainan.
Pasukan pelawat kendalian Sulaiman Hussin akhirnya berjaya mendapatkan satu gol untuk merapatkan jurang menerusi penyudah Mohamed Arif Aiman Abdul Rahim tetapi belum cukup untuk mencuri mata berharga daripad atuan rumah.
Kemenangan itu pastinya memberikan suntikan keyakinan buat Selangor dalam misi memburu ‘ibu emas’ selaku tuan rumah.
Sementara itu, Perak berjaya menewaskan Kelantan 1-0 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, petang tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Sukma 2026: Selangor langkah kanan buru ‘ibu emas’ appeared first on Kosmo Digital.






