SEORANG jurulatih pasukan sofbol Terengganu meninggal dunia ketika sedang bertugas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang sedang berlangsung ketika ini.
Berdasarkan maklumat ringkas diterima, Allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul Wan Sofli, difahamkan rebah di lokasi sebelum pasukan perubatan memberikan bantuan kecemasan.
Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan menunggu pengesahan lanjut daripada pihak hospital.
Turut berdukacita adalah atas pemergian seorang lagi petugas SUKMA dari Majlis Sukan Negeri Kelantan, Syhizad Mohd Zahari, yang sebelum ini menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam. - Stadium Astro






