SUKMA: Jurulatih Sofbol Lelaki Terengganu Meninggal Dunia

17 Aug 2026 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft sukma

Dunia sukan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang jurulatih pasukan sofbol lelaki Terengganu iaitu Shymin Amirul Wan Mohd Sofli yang menghembuskan nafas akhir hari ini.

Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri ketika aksi pasukan sofbol lelaki Terengganu menentang Negeri Sembilan, semalam di Padang Softbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel berkaitan : “Dalam ring berlawan, luar berkawan” – Telatah Atlet Sukma Pelbagai Negeri Berseronok Buat Orang Ramai Tersengih

Artikel berkaitan : Juri Tak Sebelahi Atlet Tuan Rumah, Penonton Baling Botol Dalam Gelanggang Silat SUKMA

Dalam perlawanan tersebut, Terengganu telah mencatat kemenangan 14-9 ke atas Negeri Sembilan, manakala pasukan wanita negeri berkenaan juga turut mencatat kemenangan besar 21-1 ke atas Kelantan.

Pemergian Allahyarham Shymin Amirul memberi kesan kepada kontinjen Terengganu serta warga Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang sedang berjuang dalam temasya itu.

Sekretariat SUKMA Selangor 2026 dalam satu kenyataan di media sosial rasmi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan itu.

“Seluruh warga SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Shymin Amirul Wan Mohd Sofli. Allahyarham merupakan jurulatih pasukan sofbol lelaki SUKMA Terengganu.”

Screenshot 2026 08 17 160753

Pihak Sekretariat SUKMA memutuskan supaya bertafakur selama satu minit pada setiap permulaan perlawanan sepanjang saingan SUKMA berlangsung hari ini, ia sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

Selain itu, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) berkata pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, sahabat dan juga seluruh warga sukan Terengganu yang mengenali dan pernah bersama arwah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.”

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved