Sultan Selangor Kongsi "Quote" Mendalam Tentang Politik & Rasuah

LocalPolitics
7 May 2026 • 9:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sultan Selangor Kongsi "Quote" Mendalam Tentang Politik & Rasuah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pesanan mengenai politik dalam satu perkongsian di Facebook pada Rabu.

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Selangor terbaca dan tertarik dengan petikan yang dipetik daripada bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33 iaitu Harry S.Truman dan ingin dikongsi bersama rakyat jelata.

"No man can get rich ini politics unless he's a crook atau diterjemahkan sebagai tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng," menurut petikan tersebut.

Baca juga:

Baginda turut berkenan berkongsi petikan susulan daripada terjemahan itu yang berbunyi "jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah"

"Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat," kata Selangor Royal Office.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved