Sumali sedia pertimbang rebut jawatan Presiden ISTAF

13 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sumali sedia pertimbang rebut jawatan Presiden ISTAF

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, mengakui bersedia untuk merebut jawatan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menjelang kongres badan induk dunia itu di Bangkok, Thailand bulan depan.

Bagaimanapun, Sumali menegaskan dia terlebih dahulu akan mempertimbangkan beberapa faktor, antaranya komitmen serta tanggungjawab semasa yang dipikulnya sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Ujarnya, yang juga Timbalan Presiden 1 Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), adalah penting untuk Malaysia memiliki wakil dalam ISTAF bagi memastikan suara didengari, sekali gus mengangkat martabat sukan warisan itu ke tahap yang lebih tinggi.

"Di peringkat ISTAF setakat ini pun masih belum ada yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Memang ada perbincangan dengan rakan-rakan yang bertanya adakah benar saya mahu bertanding jawatan Presiden ISTAF tetapi saya tidak boleh memberikan jawapan kerana saya sendiri masih dalam pertimbangan.

"Kerana ia satu badan induk yang besar dan satu tanggungjawab yang besar untuk mengemudinya bagi empat tahun akan datang, terutama daripada segi penambahbaikan kejohanan, teknikal dan perancangan untuk ke Sukan Olimpik."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved