Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 11:17 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN

PETALING JAYA: Sumbangan kewangan oleh Pas tidak wajar dijadikan alasan untuk memperkecil peranan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, R. Sri Sanjeevan berkata, pendirian parti itu tegas berhubung dakwaan Pas merupakan penyumbang dana terbesar kepada PN dengan sumbangan RM43,000 sebulan.

Menurutnya, adalah sewajarnya Pas menyumbang kepada gabungan yang turut mengangkat kedudukan politiknya sehingga parti itu mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah.

“Pada PRU14, Pas memenangi 18 kerusi Parlimen. Pada PRU15, jumlah tersebut melonjak kepada 43 kerusi ketika Pas  berada dalam PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Presiden Pas sendiri pernah mengakui bahawa pencapaian tertinggi itu diraih melalui kerjasama dalam PN.

“Maka, jangan ketika meraih kemenangan, segala jasa dibolot sendiri tetapi apabila menunaikan tanggungjawab kewangan, sumbangan diungkit seolah-olah seluruh gabungan hidup atas ihsan Pas” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berlaku tidak sampai lapan bulan selepas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil alih.

Katanya, antara alasan yang dinyatakan ialah penafian hak Bersatu menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

“Pas mesti memikul pertanggungjawaban politik atas kemelut ini. 

“Sumbangan kewangan bukan lesen untuk membelakangkan perlembagaan dan memperlekeh rakan,” katanya.

Menurut beliau, tindakan mengiktiraf jasa bersama mencerminkan kematangan dalam politik manakala mengungkit sumbangan sambil mengecilkan peranan rakan hanya memperlihatkan ketandusan jiwa setiakawan. –UTUSAN

The post Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved