Suspek 24 kes samun maut ditembak polis di Chow Kit

18 Nov 2026 • 9:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Suspek 24 kes samun maut ditembak polis di Chow Kit

SHAH ALAM, 18 NOV: Lelaki yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun tepi jalan maut ditembak polis ketika serbuan di sebuah hotel di Chow Kit, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Bukit Aman menyerbu bilik hotel berkenaan selepas mengesan lokasi persembunyian suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, suspek yang bersenjatakan pistol bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis ketika serbuan dijalankan.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan ketika serbuan dilakukan sehingga menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan balas bagi mempertahankan diri.

“Tindakan itu berterusan sehingga ancaman keselamatan berjaya dihapuskan,” katanya kepada media di lokasi kejadian hari ini, lapor Berita Harian.

Menurut Fadil, suspek yang merupakan lelaki tempatan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian.

“Polis turut merampas sepucuk senjata api dan dadah disyaki jenis syabu yang ditemukan dalam bilik suspek,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah dan dikehendaki polis menggunakan taktik menyamar sebagai pemandu teksi untuk menyamun penumpang, khususnya wanita dan warga emas.

Fadil berkata, susulan kejayaan operasi berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 24 kes samun yang dilaporkan sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, manakala polis meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved