Suspek bakar wanita warga emas direman tujuh hari

19 Aug 2026 • 7:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek bakar wanita warga emas direman tujuh hari
Lelaki berusia 59 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR - Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong di sini awal bulan ini, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 59 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Fadil berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut, antaranya sebuah botol minuman berisi cecair disyaki minyak petrol, sebuah topi keledar, sehelai baju kemeja, sebuah motosikal Yamaha 135LC serta satu rangkai kunci motosikal berserta cukai jalan.

"Hasil siasatan mendapati suspek mengakui terlibat dalam kejadian berkenaan ekoran tidak berpuas hati terhadap mangsa. Suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Pada 9 Ogos lepas, seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di premis berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved