Suspek bunuh Irene Sofiya berdepan tuduhan mahkamah, hari ini

15 Oct 2026 • 8:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek bunuh Irene Sofiya berdepan tuduhan mahkamah, hari ini

BATU PAHAT: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal bakal berdepan pendakwaan kerana membunuh, di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini hari ini.

Difahamkan, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan memasuki kamar mahkamah bagi mendengar prosiding susulan tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan Irene Sofiya ditemukan maut dipercayai mati dibunuh di dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tubuh badannya.

Susulan itu katanya, pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

The post Suspek bunuh Irene Sofiya berdepan tuduhan mahkamah, hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved