Warga emas kena belasah guna tin gam

16 Oct 2026 • 9:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas kena belasah guna tin gam

SEGAMAT – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh lelaki yang mempunyai 33 rekod jenayah dan narkotik di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berusia 40 tahun berang apabila ditegur mangsa supaya beredar kerana membuat bising dan mengamuk di hadapan sebuah premis perniagaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tin gam sebelum melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian dahi sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Segamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis turut mengesan satu hantaran di Facebook pada 15 Oktober lalu yang memaparkan kejadian pergaduhan di Jalan Ros, Segamat, namun tiada laporan polis diterima berhubung insiden yang tular itu sebelum berjaya menahan suspek.

Polis turut merampas sebuah tin gam, sehelai baju dan sehelai seluar jeans bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 33 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan awal air kencingnya didapati negatif dadah.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu. Siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika kejadian,” katanya.

Tambah beliau, permohonan reman terhadap suspek dijadual dibuat di Mahkamah Majistret Segamat hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

The post Warga emas kena belasah guna tin gam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved