Suspek bunuh isteri pegawai AKPS tiba di Mahkamah Seremban

26 Oct 2026 • 10:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek bunuh isteri pegawai AKPS tiba di Mahkamah Seremban

 

SEREMBAN – Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya dalam kejadian 15 Oktober lalu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi.

Suspek berbaju hitam dibawa menggunakan kenderaan polis sambil diiringi beberapa pegawai dan anggota agensi itu.

Lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana kesalahan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sebuah unit kediaman dekat Kuarters KLIA, Nilai.

Kelihatan ahli keluarga mangsa turut berada di luar Mahkamah Majistret untuk mengikuti perkembangan pendakwaan kes berkenaan bagaimanapun waris suspek tidak kelihatan.

 

 

The post Suspek bunuh isteri pegawai AKPS tiba di Mahkamah Seremban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved