Suspek cemburu teman wanita bertemu lelaki lain

7 Oct 2026 • 12:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek cemburu teman wanita bertemu lelaki lain

BENTONG – Cemburu kerana teman wanitanya bertemu dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak menjerut teman wanitanya yang merupakan pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) sehingga maut di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih, Kuantan, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 19 tahun yang telah diberhentikan pengajian di Polisas dikatakan datang ke rumah sewa mangsa sejak seminggu lalu.

“Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai datang ke rumah sewa mangsa kira-kira seminggu sebelum kejadian untuk tinggal bersama mangsa yang menyewa bersama beberapa orang rakan di rumah berkenaan.

“Motif pembunuhan kita percaya adalah akibat cemburu antara pasangan kekasih apabila suspek mengesyaki mangsa berjumpa dengan lelaki lain,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Daerah Bentong di Ibu Pejabat polis Daerah Bentong, di sini hari
ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan perselisihan faham menjadi motif seorang penuntut wanita Polisas dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di sebuah rumah sewa dekat Jalan Air putih 2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.32 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun ditemukan mati di atas katil di tingkat bawah rumah sewa berkenaan.

Menurut Azry, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek sendiri menghubungi pihak polis memaklumkan dia telah mengambil tindakan terhadap mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek cemburu teman wanita bertemu lelaki lain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved