Suspek dadah ditahan dalam serbuan di Beaufort, Sandakan

2 Sep 2026 • 5:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Suspek dadah ditahan dalam serbuan di Beaufort, Sandakan

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki dan merampas air serta daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mempagar, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh berkata polis menemui 4.5 liter cecair disyaki air etum dan sembilan kilogram daun ketum dalam serbuan berkenaan.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku memasak dan menjual minuman ketum yang direbus pada harga RM20 sebotol kepada pelanggan di kawasan sekitar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki di Jalan Rumah Murah, Kuala Penyu kerana disyaki memiliki dadah.

Champin berkata pemeriksaan menemui 2.70 gram syabu.

Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan lanjut sebelum ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Champin berkata polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam penjualan dan pengedaran bahan terlarang serta aktiviti berkaitan dadah.

Di Sandakan, polis menahan dua lelaki yang disyaki memiliki syabu dalam satu operasi di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan antara jam 7 hingga 9 malam.

“Dalam operasi itu, kedua-dua suspek ditahan selepas mereka disyaki memiliki syabu.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan pemilikan dadah berbahaya,” katanya.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani saringan air kencing awal.

Hasil saringan mendapati kedua-dua suspek positif amphetamine dan methamphetamine.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan pengambilan dadah.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.

George berkata operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BSJND membanteras kegiatan berkaitan dadah di daerah berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved