Suspek sakit mental campak budak 5 tahun ke sungai direman tujuh hari

22 Sep 2026 • 10:51 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Suspek sakit mental campak budak 5 tahun ke sungai direman tujuh hari

KUALA LUMPUR - Suspek yang mengamuk dan mencampak anak saudaranya hingga maut ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, berada bawah tahanan reman selama sembilan hari bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman sehingga 28 September itu dikeluarkan Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi, pagi tadi, selepas membenarkan permohonan polis bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 37 tahun yang memakai kemeja-T biru tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan kawalan ketat anggota polis selepas menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental itu bukan sahaja bertindak kejam mencampak mangsa berusia lima tahun ke dalam sungai, malah turut mengamuk dan mengejar seorang lelaki tempatan dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum berlaku pergelutan sengit ketika tangkapan dilakukan.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, berlaku pergelutan antara polis dengan suspek hingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek berjaya ditahan," katanya.

Mayat kanak-kanak malang itu disahkan maut di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang bagi proses bedah siasat hari ini.

Siasatan terperinci mengenai punca dan motif kejadian masih dijalankan. - 22 September, 2026

The post Suspek sakit mental campak budak 5 tahun ke sungai direman tujuh hari appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved