Suspek simbah petrol, bakar wanita di kedai nombor ekor ditahan

18 Aug 2026 • 8:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek simbah petrol, bakar wanita di kedai nombor ekor ditahan
Suspek simbah petrol dan bakar wanita di kedai nombor ekor ditahan pada Selasa. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Individu yang menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong di sini pada 9 Ogos lalu telah ditahan polis pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan suspek sudah ditahan polis tengah hari tadi.

"Ya suspek sudah ditahan dan satu sidang media akan diadakan esok," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.

Jasni dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved