Suspek tikam lelaki di Pasar Borong KL diburu

18 Sep 2026 • 12:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek tikam lelaki di Pasar Borong KL diburu

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera di selepas dipercayai ditikam seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

“Mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan masih diteruskan.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang dan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek tikam lelaki di Pasar Borong KL diburu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved