Swiatek mudah mara ke separuh akhir Toronto Masters

11 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Swiatek mudah mara ke separuh akhir Toronto Masters

TORONTO: Bintang tenis dari Poland, Iga Swiatek membuktikan kehebatannya apabila hanya memerlukan 64 minit untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan Toronto Masters, semalam.

Swiatek yang merupakan bekas pemain No. 1 dunia tampil dengan aksi cukup bertenaga apabila dengan mudah menjinakkan cabaran pemain Rusia, Diana Shnaider menerusi kemenangan straight set 6-2, 6-1.

Swiatek merupakan juara Grand Slam enam kali akan berdepan Elina Svitolina selepas pemain dari Ukraine itu menewaskan wakil Russia, Ekaterina Alexandrova 3-6, 6-0, 6-3 untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Swiatek, 25, belum pernah mara perlawanan akhir sejak memenangi gelaran Jelajah WTA ke-26 di Terbuka Korea dekat Seoul hampir setahun yang lalu dan kini kedudukannya merosot ke tangga kelapan dunia. – AFP

The post Swiatek mudah mara ke separuh akhir Toronto Masters appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved