Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran 4 Bulan Lepas - “Al Fatihah Kepada Mohammad Eshal”

25 Dec 2024 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Syafie Naswip berkongsi berita duka apabila isterinya, Nur Afiqah mengalami keguguran empat bulan lalu.

Gugur 4 Bulan Lepas 

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syafie  atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip berkongsi foto yang memaparkan imbasan ultrasound kandungan isterinya. 

Reda dengan takdir tersebut, Syafie turut menyifatkan kehadiran cahaya mata yang sudah diberi nama itu merupakan momen terindah buatnya dan isteri.

“4 bulan lalu. Al-Fatihah kepada Mohammad Eshal.

“Terima kasih hadir seketika. Kamu memori terindah di tahun 2024,” kongsinya. 

Dalam pada itu, Syafie berkongsi momen perkahwinan mereka yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.

Untuk rekod, Syafie sah bergelar suami kepada pilihan hati, Nur Afiqah pada 23 Disember 2023.