
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap individu seringkali dinasihatkan agar sentiasa berbuat baik sesama manusia.
Bila sebut tentang perbuatan baik, masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam melakukan sifat terpuji itu.
Ada yang menyumbang wang ringgit bagi meringankan beban. Namun, ada juga membuat kebaikan dengan menggunakan tenaga dan titik peluh.
Buat mereka yang menerima bantuan, kebaikan yang tidak ternilai itu boleh memberi makna dan kesan mendalam dalam menjalani kehidupan seharian.
Individu Alami Detik Kecemasan, Bapa Diserang Sawan
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai detik cemas yang dihadapi oleh dia sekeluarga.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna berkenaan di Facebook mohdhafiziroslan, dia yang dikenali sebagai Hafizi itu menjelaskan bapanya diserang sawan ketika sedang memandu sendirian.
Ketika dalam perjalanan dan hampir sampai di lokasi mereka sekeluarga, bapanya mengadu rasa tegang dan mata tidak berhenti berkedip.
“Dia berhenti betul betul di belakang khemah yang kami selalu duduk di pantai. Ingatkan dia berhenti untuk panggil staf ambil wheelchair dia. Selalu memang macam tu.
“Rupanya dia tengah sawan. Nasib Helmi (adik) nampak sebab dia pelik kenapa ayah macam bercakap sorang-sorang,” jelasnya.
Melihat keadaan bapanya itu, Hafizi dan adiknya segera membawa bapa mereka ke Hospital Port Dickson (HPD) menggunakan kenderaan mereka sendiri.
“Terus Helmi panggil aku dan alihkan ayah ke kerusi sebelah dan Helmi terus bawa ayah ke HPD. Aku naik kereta lain untuk escort di depan.
“Dalam perjalanan, kereta agak banyak dan agak sukar untuk tolak kereta lain ke tepi. Helmi bunyikan hon untuk beritahu kami dalam kecemasan,” kongsinya lagi.
Rider Bantu Clearkan Jalan Selepas Adik Mohon Bantuan
Kongsi Hafizi lagi, adiknya telah meminta bantuan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan yang sama.
Apa yang menjadi perhatian adalah penunggang motosikal yang digelar sebagai Brader Motor Hijau itu terus membantu mereka sekeluarga melancarkan trafik dengan membunyikan hon.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam), kelihatan adik Hafizi seakan memberi isyarat tangan kepada penunggang motosikal berkenaan sebelum penunggang itu membunyikan hon sebagai isyarat kepada pengguna lain.
“Mujur lalu seorang brader motor hijau dan Helmi memanggil dia untuk bantu clearkan jalan di hadapan.
“Dan dia bantu hingga sampai ke simpang HPD. Alhamdulillah ayah dihantar ke HPD dengan selamat.
Pengguna Cari Rider, Zahir Ucapan Terima Kasih
Jelas Hafizi lagi, dia sekeluarga menzahirkan ucapan terima kasih kepada rider berkenaan atas bantuan yang diberikan.
Malah, dia turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari penunggang motosikal berkenaan untuk membalas kebaikannya.
“Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu kami petang tadi. Tiada apa yang mampu kami balas semoga sentiasa diberkati Allah SWT.
“Abang mohon sesiapa yang kenal brader motor hijau ini ini minta dia pm (mesej peribadi) saya di FB sebab abang nak ucap terima kasih kepada dia dan nak ajak dia dan keluarga makan dekat kedai kami,” tulisnya.
Ucapan Terima Kasih Kronologinya begini… Petang tadi ayah diserang sawan tetapi kali ini bukan di rumah tetapi semasa dia sedang memandu sendiri. Dia memandu untuk ke pantai semula selepas dia hantar makcik ke rumah. Dalam perjalanan dan hampir sampai dia kata tiba tiba dia rasa tegang dan mata dia berkedip kedip. Dia berhenti betul betul di belakang khemah yang kami selalu duduk di pantai. Ingatkan dia berhenti untuk panggil staff ambil wheelchair dia. Selalu memang macam tu. Rupanya dia tengah sawan. Nasib Helmi nampak, sebab dia pelik kenapa AYAH macam bercakap sorang sorang. Terus Helmi panggil aku dan alihkan AYAH ke kerusi sebelah dan HELMI terus bawa ayah ke HPD. Aku naik kereta lain untuk escort di depan. Dalam perjalanan, kereta agak banyak dan agak sukar untuk tolak kereta lain ke tepi. HELMI bunyikan hon untuk beritahu kami dalam KECEMASAN. Mujur lalu seorang BRADER MOTOR HIJAU dan HELMI memanggil dia untuk bantu clearkan jalan di hadapan. Dan dia bantu hingga sampai ke simpang HPD. Alhamdulillah ayah dihantar ke HPD dengan selamat. Kami sekeluarga ingin mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kerana membantu kami petang tadi. Tiada apa yang mampu kami balas semoga sentiasa diberkati Allah swt. Abang mohon sesiapa yang kenal BRADER MOTOR HIJAU ini minta dia pm saya di FB sebab abang nak ucap TERIMA KASIH kepada dia dan nak ajak dia dan keluarga makan dekat MHR BURGER. Sekian. #abangmhr
Posted by Mohd Hafizi Roslan on Sunday 21 September 2025
Pengguna Facebook Dakwa Sebagai Rider Muncul Di Ruangan Komen
Pun begitu menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Iqbal Bal mendakwa dia merupakan rider berkenaan.
Malah, dia menjelaskan bahawa pertolongan yang diberikan hanya menolong sekadar yang mampu dan mengharapkan agar bapa Hafizi selamat.

Malah, menerusi hantaran terbaharu Hafizi, bapanya kini dalam keadaan selamat.
Namun hasil CT Scan menunjukkan bapanya mempunyai ketulan sebesar bola ping pong pada bahagian kiri kepala.
Malam tadi Ayah ke HTJ untuk CT SCAN. Dan hasil dari CT Scan doktor dapat kesan ada ketulan di dalam kepala belah kiri…
Posted by Mohd Hafizi Roslan on Sunday 21 September 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Gaya Macam Polis Trafik” – Rider Bantu Buka Laluan Untuk Ambulans Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Detik Cemas Terkena Serangan Jantung, Bersyukur Polis Bantu Escort Ke Hospital [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Setakat Beri Laluan, Escort Agong Turut Iringi Ambulans Selepas Dapat Tahu Ada Pesakit [Video]
Source:




