Syarikat Jepun Antara Firma Disiasat Berhubung Kebakaran Hutan Di Indonesia

WorldEnvironment
30 Oct 2026 • 11:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syarikat Jepun Antara Firma Disiasat Berhubung Kebakaran Hutan Di Indonesia

TOKYO, 29 Okt (Bernama-Kyodo) -- Polis Indonesia sedang menyiasat 97 syarikat tempatan dan asing termasuk anak syarikat sebuah firma Jepun, berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam kebakaran hutan yang masih berlaku di beberapa pulau di negara itu, menurut polis pada Khamis, lapor Kyodo News.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Negara Asep Safrudin berkata dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di wilayah Kalimantan Barat bahawa firma Jepun berkenaan yang dikenal pasti melalui singkatan PT MTI, bersama 21 syarikat asing lain, antara pihak yang sedang disiasat.

Polis meminta kerajaan membatalkan lesen perniagaan 23 daripada 97 syarikat berkenaan, kata Asep tanpa memperincikan identiti syarikat itu. Beliau berkata kebakaran hutan dan tanah berulang kali berlaku sejak awal tahun ini di kawasan konsesi milik syarikat berkenaan.

Baca juga:

Kebakaran besar di wilayah Indonesia di Borneo, Sumatera, Sulawesi, Maluku dan Papua sejak Ogos menyebabkan kualiti udara merosot serta memaksa sekolah beralih kepada pembelajaran dalam talian.

Jerebu itu turut menjejaskan kesihatan penduduk di pulau-pulau berkenaan, dengan ramai mengalami masalah pernafasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved