Syarikat jual langsir didenda RM1,500 pamer iklan tanpa lesen

19 Aug 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Syarikat jual langsir didenda RM1,500 pamer iklan tanpa lesen

KUALA LANGAT – Tindakan sebuah syarikat menjual langsir mempamerkan iklan tanpa lesen di premisnya memakan diri apabila didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Maslinda Selamat menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat berkenaan, yang diwakili pengarahnya, Fatin Syazwani Rahim Razali, 31, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, syarikat beroperasi di Telok Panglima Garang tersebut didakwa telah mempamerkan iklan tanpa lesen dari Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang telah melanggar Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 pada pukul 6.08 petang, 5 Mei tahun lalu.

Justeru, boleh dihukum dibawah UUK 37 MPKL 2007 yang membawa hukuman sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding tersebut, Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim memohon satu denda yang tinggi kepada Mahkamah berikutan sehingga kini OKS tidak mempunyai lesen iklan yang sah daripada MPKL.

OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda yang ringan. – KOSMO! ONLINE

The post Syarikat jual langsir didenda RM1,500 pamer iklan tanpa lesen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved