Syed Saddiq, Bella Astillah sah suami isteri dengan sekali lafaz

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 10:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syed Saddiq, Bella Astillah sah suami isteri dengan sekali lafaz

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung penuh indah di aras 118, Menara Merdeka Maybank pada Sabtu.

Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan berkenaan.

Mengangkat tema Arab Islamik, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dilihat indah bertudung litup manakala Saddiq segak menggayakan jubah masing-masing berwarna putih.

Bukan hanya pengantin, malah tetamu juga dilihat mengenakan pakaian sedondon sesuai dengan tema yang dipilih.

Dalam majlis itu, Saddiq menyerahkan mas kahwin wang tunai RM500 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan.

Turut hadir di majlis itu ialah beberapa tetamu kehormat seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Ismail Sabri dan isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Selepas acara pernikahan hari ini, mereka bakal diadakan juga dua majlis resepsi dengan tema Kenduri Rakyat di kampung halaman mereka iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Syed Saddiq dan Bella Astillah yang juga ibu tunggal dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna mula berkenalan dan semakin rapat pada 2025, sebelum mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. -UTUSAN

The post Syed Saddiq, Bella Astillah sah suami isteri dengan sekali lafaz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved