Tablet Pixel Dan iPad Boleh-Lipat Mungkin Hadir Seawal 2024

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Malam semalam Samsung melancarkan dua lagi peranti skrin boleh-lipat daripada siri Galaxy Z Fold dan Z Flip. Apple masih tidak menawarkannya kepada pengguna walaupun ura-ura sebelum ini mengatakan iPad Mini boleh-lipat sedang diuji di Taiwan. Terbaru DigiTimes melaporkan Apple masih mempertimbangkan untuk hadir dengan iPad boleh-lipat. Tetapi buat masa ini pembekal komponen yang memberi maklumat menyatakan ia masih sekadar idea sahaja.

image is not available
Galaxy Z Fold dengan tangkapan layar iPad OS

Sebelum ini Ming-Chi Kuo melaporkan yang iPad boleh-lipat mungkin akan hadir dengan rekaan baharu yang lebih ringan, akan mempunyai kaki gentian karbon terbina dan berada dalam kategori atas iPad Pro 12.9. Sebelum ini iPad boleh-lipat didakwa akan hadir seawal 2024 ini mungkin terlalu optimis kerana 2024 ialah tahun Vision Pro. Apple tidak mempunyai sejarah melancarkan dua produk dalam kategori baharu pada tahun yang sama.

image is not available
Pixel Fold

Selain Apple, DigiTimes turut melaporkan yang Google juga sedang mempertimbangkan sebuah tablet dengan skrin boleh-lipat. Google tahun ini baru sahaja melancarkan telefon lipat pertama mereka iaitu Pixel Fold pada harga premium dan menerima kritikan dahsyat. Sekiranya menjadi kenyataan, ia akan dilancarkan seawal tahun 2024. Jadi tidak pasti bila “Pixel Tab Fold” akan menjadi realiti. Sama-sama kita nantikan.