Tablet RedMagic Astra 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3599

LocalTechnology
3 Sep 2026 • 6:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tablet RedMagic Astra 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3599

RedMagic melancarkan tablet gaming terbaharu Astra 2 untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan tubuh kompak yang digabungkan dengan perkakasan berkuasa dalam kelasnya. Tablet ini menggunakan paparan OLED 9.06 inci beresolusi 2.4K yang menyokong kadar segar semula 185Hz serta kadar tindak balas sentuhan sehingga 2000Hz.

Image from: Tablet RedMagic Astra 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3599

Ini  dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RedCore R4, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan AquaCore Cooling System 2.0 dengan 12 lapisan, Liquid Metal 3.0 serta vapor chamber bersaiz besar bagi memastikan prestasi kekal konsisten. Melengkapkan tablet ini ialah bateri berkapasiti 8300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 75W, kamera utama 13MP serta kamera swafoto 9MP.

Image from: Tablet RedMagic Astra 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3599

Bagi yang berminat, Astra 2 ditawarkan dalam dua versi iaitu 12GB RAM + 256GB pada harga RM3,599 serta 16GB RAM + 512GB pada harga RM4,399. Sempena pelancaran ini, RedMagic turut menyediakan promosi eksklusif bermula 8 hingga 30 September 2026, di mana setiap pembelian akan disertakan hadiah percuma berupa ASTRA 2 Tablet Screen Protector, ASTRA 2 Tablet Magnetic Cooling Case (Black) dan CMF Buds 2a.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved