Tabung Haji teliti cadangan cabang pelaburan diletak bawah pengawasan SC

Business & Finance
3 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tabung Haji teliti cadangan cabang pelaburan diletak bawah pengawasan SC
Abdul Rashid bercakap pada sidang akhbar selepas Sesi Dialog Ummah bertemakan "Pencapaian dan Strategi Masa Depan” di Tenera Hotel & Suite, Bangi hari ini. - Foto: Bernama

LEMBAGA Tabung Haji (TH) sedang menilai cadangan perubahan dalam rangka kerja kawal selianya untuk meletakkan operasi pelaburannya di bawah pengawasan berkanun.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata jawatankuasa pasukan petugas bersama, yang turut disertai pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat untuk meletakkan cabang pelaburan TH di bawah pengawasan SC susulan perbincangan yang mendalam.

"Selepas mempertimbangkan secara terperinci selama hampir enam bulan, kami menyimpulkan bahawa adalah lebih relevan untuk (cabang pelaburan) TH dikawal selia oleh SC.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna BNM tidak akan terlibat.

"Kami sedang memperhalusi rangka kerja untuk memastikan semua pengawal selia utama terlibat dalam struktur kawal selia masa depan TH,” katanya.

Rashid berkata demikian semasa sesi panel "Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji” anjuran Himpunan Gerakan Islam Malaysia, di sini, hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved