Marissa Dania, Aslam disahkan bukan lagi suami isteri

23 Jun 2026 • 12:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid disahkan bukan lagi suami isteri oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim, 21, dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid secara rasmi tidak lagi bergelar suami isteri selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan berkaitan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memaklumkan mahkamah telah memutuskan berhubung jatuhnya talak, dan secara ringkasnya kedua-dua individu kini bukan lagi pasangan suami isteri.

“Secara ringkasnya, mereka sudah tidak lagi mempunyai hubungan sebagai suami isteri. Jika ingin bersama semula, perlu kepada akad nikah yang baharu,” katanya.

Menurutnya, tiada sesi bersalaman atau permohonan maaf berlaku di dalam kamar mahkamah, namun kedua-dua pihak difahamkan reda dengan keputusan yang dibuat.

“Saya sudah menasihatkan mereka supaya bersedia menerima apa juga keputusan mahkamah. Mereka menghormati proses dan kembali kepada hukum syarak serta undang-undang,” katanya.

Baca juga:

Sebelum ini, pihak peguam memaklumkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk difailkan pada 10 Mac lalu, selepas dakwaan Aslam pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum mereka kembali rujuk.

Lafaz pertama didakwa berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan yang sama, manakala lafaz kedua pula berlaku pada April tahun lalu sebelum mereka kembali bersama dua bulan kemudian.

The post Marissa Dania, Aslam disahkan bukan lagi suami isteri appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved