Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak kiralah menonton konsert, pertandingan perlumbaan mahupun kemana-mana tempat awam setiap tempat pastinya mempunyai peraturan yang perlu diikuti.
Malah para penonton turut dilarang untuk membawa beberapa barangan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Arkitek Kongsi Hasil Ubah Suai Tandas Di Litar Antarabangsa Sepang Menjelang Bahrain F1 GP 2026
Masih ada segelintir penonton degil bawa botol plastik sehingga tong sampah penuh dengan bekas minuman
Baru-baru ini, tular satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads memaparkan tong sampah yang dipenuhi dengan bekas minuman dan makanan.
Menerusi hantaran itu, kelihatan tong sampah berwarna hijau yang diletakkan di kawasan orang ramai dipercayai sedang beratur penuh dengan sampah sehingga ia melimpah keluar.
Turut kelihatan antara sampah yang kelihatan di sekitar tong adalah botol plastik air mineral, cawan kertas, cawan plastik dan juga air kotak.
“Kan dah kata jangan bawa air botol, nak bawa juga,” ujar pengguna Threads itu.
View on Threads
Ramai kurang senang lihat sampah bersepah berdekatan tong
Hantaran itu secara tidak langsung turut mendapat perhatian warga Threads yang lain kerana ia kelihatan bersepah selain mencacatkan pandangan memandangkan ia adalah sebuah acara bertaraf antarabangsa.
Tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakan penonton yang tidak mahu membeli air di dalam kawasan acara yang dibenarkan.
Ini kerana di bahagian dalam turut ada dijual minuman serta makanan selain turut ada juga tempat untuk mengisi air disediakan.
Ada juga yang meminta agar pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk mengambil tindakan.
Sebarang pengendalian bermula 2-4 Oktober dikendalikan team Bahrain
Namun seorang pengguna di Threads, Alonso Syawa Alkhudri yang banyak berkongsi mengenai maklumat di SIC memaklumkan bermula pada 2 sehingga 4 Oktober sebarang susunan atau aturan bukan daripada pihak SIC.
“Kepada semua rakyat Malaysia dicintai. Bermula hari ini (Jumaat, 2 Oktober), Sabtu, dan Ahad, segala apa aturan tidak diuruskan oleh team SIC.
“Saya sendiri pun hanya duduk dari jauh. Segala pas kawalan & aturan semua diuruskan oleh team Bahrain. Minta maaf banyak-banyak sampai sini shaaja kami boleh bantu,” ujarnya.
View on Threads
Seorang pengguna Threads, Wan Nurdayana turut berkongsi jenis botol air yang boleh dibawa selepas bertanya kepada pihak pengurusan Bahrain GP.
Dalam tangkap layar perbualan menerusi ruangan chat di laman sesawang Bahrain GP, mereka memaklumkan botol jenis tumbler jenis besi adalah dibenarkan manakala botol plastik pula tidak dibenarkan.
View on Threads
Ada juga yang berkongsi stesen untuk pengisian air minuman juga ada disediakan untuk memastikan penonton kekal hidrasi.
View on Threads
Senarai barangan yang boleh dibawa ke SIC
Memetik laporan FAN AMP, terdapat beberapa barangan yang boleh dibawa oleh penonton seperti:
- Telefon bimbit
- Alat komunikasi peribadi (handheld)
- Sebarang gambar yang diambil ketika di acara adalah untuk simpanan peribadi, privasi dan bukan untuk komersial.
- Botol air – SIC membenarkan setiap individu membawa botol air sekitar (600ml)
- Alat pelindung telinga – earplug, ear defender, earmuffs
- Kerusi roda
- Baju hujan atau poncho
- Topi
- Krim pelindung matahari (non-aerosol lotion)
- Powerbank kecil
Senarai barangan yang tidak boleh dibawa
Walau bagaimanapun menerusi Malaysia Tickets GP memaklumkan para penonton dilarang membawa barangan seperti:
- Makanan dan minuman
- Peralatan rakaman – audio profesional atau alat rakaman video, dron, kayu selfie, pengimbas radio
- Bekas – botol, tin, kaca
- Barangan tajam – pisau, alatan berbilah, senjata api, bunga api, peluru, suar, tabung asap, semburan perlindungan diri, senjata, barangan terlarang
- Barangan yang boleh menganggu – walkie-talkie, peranti laser, alat penyekat isyarat telefon, wisel, vuvuzelas, air hons
- Barangan beroda – basikal, kasut roda, papan beroda (skateboard), skuter, kereta sorong bayi
- Haiwan peliharaan – kecuali anjing berdaftar
- Bendera, papan tanda, kain rentang dan pakaian – bahan pemasaran atau promosi barangan yang bersifat politik, keagamaan, papar slogan atau mesej menyinggung perasaan, bahan tajaan yang tidak mendapat kebenaran
Berikut adalah komen netizen:
“Ada tukang cuci tak dekat sana? Adoi tak suka lah kotor-kotor ni”

“Acara internasional dengan tiket paling banyak terjual untuk musin ni tapi tong sampah saiz kedai runci”

“Lapor SIC letak lebih banyak tong sampah”







