Tak Sampai Hati Tengok Ibu Muda Bawa 3 Anak Kecil Hantar Makanan, Founder Misi Tawar Peluang Berniaga [Video]

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2025 • 12:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Pada minggu lalu, tular di media sosial hantaran pengguna Facebook mengenai seorang penghantar makanan wanita yang dijumpainya berhampiran persimpangan lampu isyarat di Semabok, Bandaraya Duyong, Melaka.

Menerusi hantaran tular itu, kelihatan rider wanita berkenaan membawa tiga orang anaknya bersama-sama mencari rezeki dengan cara menghantar pesanan.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang terus berkongsi kisah dan membantu wanita tersebut.

Ramai yang tag pasal akak ni sebab kejadian berlaku di Semabok, Bandaraya Duyong. Sahabat saya dari Malaysia Gazette…

Posted by Mohd Noor Helmy on Tuesday 14 October 2025

Memetik Malaysia Gazette, ibu muda yang dikenali sebagai Noryani Syakira Yaakob itu mendedahkan dia terpaksa membonceng motosikal bersama tiga anaknya bagi mencari rezeki untuk membantu suami yang bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Founder Misi Henti Ibu Muda Jadi Rider, Beri Peluang Untuk Berniaga

Terbaharu, Noryani telah ‘diberhentikan kerja’ sebagai rider oleh pengasas aplikasi penghantaran Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi.

Namun, itu bukanlah satu berita buruk kerana Noryani akan diberi peluang dan dibantu untuk memulakan perniagaannya oleh aplikasi tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh Nur Ahmad Faiz menerusi hantaran di Facebook Founder Misi.

“Akak lepas ni dah tak boleh jadi rider dah, dah tak boleh buat delivery. Sorry akak.

“Saya takut sebagai seorang bapa dan abang (suami Noryani) sebagai seorang bapa, kita memang rasa takut. Tapi saya faham tekanan ekonomi sekarang ni memang kita terpaksa buat apa yang boleh.

“Kita setuju jangan bagi akak ni buat job delivery, tak boleh dah. Tapi akak boleh berniaga kan? Akak dulu pernah berniagakan? Kita nak akak berniaga balik,” katanya kepada Noryani.

Founder Misi Beri Bantuan Ibu Rider Mulakan Perniagaan

Menariknya, Noryani yang sebelum ini pernah menjalankan perniagaan ayam goreng seringgit diberi peluang untuk membuka perniagaan berhampiran bengkel di tempat kerja suaminya.

Bukan itu sahaja, Ahmad Faiz turut membantu Noryani memulakan perniagaan dengan membeli peralatan berniaga seperti periuk, khemah, kerusi dan meja untuk ibu muda itu.

Malah, isteri kepada Founder Misi dalam satu hantaran di Facebooknya turut mendedahkan akan berkongsi resipi nasi lemak untuk kegunaan Noryani berniaga.

Difahamkan, Noryani akan memulakan perniagaannya bermula hari ini (17 Oktober) dan perniagaannya akan dimuat naik menerusi aplikasi Misi.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan perniagaan yang dilakukannya dipercayai adalah jenis kedai bergerak.

Ramai Puji Founder Bantu Ibu Muda Jalankan Perniagaan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan founder Misi dan isteri membantu Noryani memulakan perniagaan.

Malah, ada yang mendoakan agar Ahmad Faiz dan isteri dimurahkan rezeki atas keprihatinan dia terhadap ibu anak tiga itu.

Untuk info, Noryani sebelum ini memulakan pekerjaan sebagai penghantar makanan menerusi aplikasi Misi bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengahari dengan pendapatan bersih sekitar RM20 hingga RM30 sehari bagi menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Dia terpaksa membawa tiga anak lelakinya yang berusia 5 tahun, 2 tahun dan 10 bulan bagi membantu suaminya yang hanya berpendapatan RM1,200 sebulan.

Malah, dia menjelaskan hanya bekerja jika cuaca baik dan tidak hujan kerana bimbang keselamatan anak-anak.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Alhamdulillah Rezeki, Terima Kasih Banyak-Banyak Bantu Mereka, Semoga Dipermudahkan Urusan”

image is not available

“Inilah Yang Dikatakan Fardu Kifayah, MISI Membantu Orang Yang Betul-Betul Memerlukan”

image is not available

“Bagusnya Cara Menjaga Anak Buah Supaya Jaga Keselamatan Diri & Keluarga”

image is not available

“Terima Kasih Kepada Orang Yang Viralkan Adik Ini, Sebab Dia Ramai Orang Dapat Pahala & Berkongsi Rezeki Dengannya”

image is not available

Source: