“Tak Takut Ke Pada Allah” – Amira Othman Tak Akan Tarik Report, Mahu Tahu Siapa Musang Berjanggut

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 2:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin iaitu Amira Othman tampil bersuara berkait isu akaun palsu dikenali sebagai Musang Berjanggut yang kerap melemparkan fitnah terhadap mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Amira berkata dia menerima banyak mesej dan tag daripada orang ramai yang memintanya supaya tidak menarik laporan terhadap individu berkenaan.

Amira dakwa Musang Berjanggut fitnah macam-macam

Jelas Amira, dia dan suami tidak pernah menarik semula laporan yang telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

amira othman

Dalam perkongsian sama, Amira menegaskan laporan yang dibuat bukanlah sesuatu yang main-main kerana dia mahu isu cyberbully seperti ini dibanteras.

Persoal mekanisme tangani akaun palsu

Amira turut meluahkan kebimbangan apabila akaun palsu dilihat semakin berani kerana merasakan tiada tindakan tegas dikenakan.

Katanya, selagi tiada mekanisme yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ini, selagi itulah isu sama akan terus berleluasa.

amira othman

Amira turut membangkitkan kesan buruk sekiranya perkara sebegini dibiarkan, terutama apabila ia boleh memudaratkan mental dan emosi mangsa yang menjadi sasaran.

Dalam hantaran lain, Amira sekali lagi menegaskan bahawa dia dan suami tidak akan menarik laporan yang sudah dibuat.

Jelasnya, mereka juga mahu mengetahui siapa individu di sebalik akaun palsu tersebut yang didakwa begitu berani berselindung sambil menyebarkan dakwaan terhadap mereka.

The post “Tak Takut Ke Pada Allah” – Amira Othman Tak Akan Tarik Report, Mahu Tahu Siapa Musang Berjanggut appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved