Takiyuddin enggan tarik perkataan ‘munafik’ cadang proses mediasi

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 12:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Takiyuddin enggan tarik perkataan ‘munafik’ cadang proses mediasi

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan enggan menarik balik perkataan ‘munafik’ seperti diarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sebaliknya mencadangkan proses mediasi diadakan.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, beliau telah menulis surat kepada Johari bagi menyelesaikan kontroversi berhubung penggunaan perkataan ‘munafik’ di Parlimen dengan mencadangkan mediasi sebagai penyelesaian secara baik.

Surat itu, katanya, telah diterima Johari dan masih menunggu maklum balas sama ada proses itu akan diadakan atau sebaliknya.

Menurut Takiyuddin, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat berkenaan pada Khamis.

“Saya tidak menarik balik kenyataan itu. Sebaliknya, saya menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan supaya beliau mengadakan sesi mediasi.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memanggil Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan saya untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) di Kota Bharu, malam tadi.

Pada Khamis, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.

@scoopdotmy

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini. Johari berkata ketetapan itu berkuat kuasa sehingga esok. Katanya, beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua. #Takiyuddin #JohariAbdul #KotaBharu #DewanRakyat #Parlimen

♬ original sound - Scoopdotmy


Johari berkata beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua.

Ketetapan itu dibuat susulan perdebatan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semasa membahaskan Belanjawan 2027 selepas Rayer bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan susulan kenyataan Takiyuddin yang menggunakan perkataan "munafik" atau hipokrit ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, beliau kini menunggu maklum balas daripada Johari sama ada cadangan mediasi itu akan diteruskan.

“Jika mediasi tidak diadakan, saya mungkin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya. - 24 Oktober, 2026

The post Takiyuddin enggan tarik perkataan ‘munafik’ cadang proses mediasi appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved