
KUALA LUMPUR – Pemergian Kapten Zainol Afiq Bee Sham terus mengundang sebak, terutama dalam kalangan rakan-rakan yang pernah bekerja dan menghabiskan masa bersama juruterbang berusia 30 tahun itu.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang rakannya, Amer Fadhillah, berkongsi beberapa keping gambar serta kenangan bersama arwah sebelum nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak.
Menurut Amer, mereka sering bergurau dan menyakat antara satu sama lain ketika bekerja, malah Zainol disifatkan sebagai seorang yang mudah terhibur.
“Boleh nampak semua kita orang crew layang-layang sayang Zainol. Semua akan buat lawak walaupun hambar sebab tahu Zainol akan gelak sebab dia jenis mudah terhibur,” tulisnya.
“Jom Patch Kan Aku?”
Amer turut mengimbau satu perbualan kecil bersama arwah yang kini menjadi kenangan paling sukar untuk dilupakan.
Katanya, sebelum Zainol berangkat menjalankan tugas, arwah pernah meminta bantuannya untuk ‘patch’ sesuatu.
“Amer, jom patch kan aku?”
“Zainol mana patch kau meh aku letakkan sebelum kau gerak,” tulis Amer sambil mengimbau kembali momen tersebut.
Menurutnya, selepas ini mungkin tiada lagi rakan yang akan datang meminta pertolongannya seperti itu.
“Takkan dah ada orang nak minta tolong aku patchkan sebelum kau fly,” katanya.
“Terima Kasih Pinjamkan Zainol Walaupun Sekejap”
Hantaran tersebut turut mendapat respons daripada isteri arwah, Izzati Syamimi, yang menyifatkan Amer sebagai sahabat baik suaminya.
Amer kemudian membalas dengan penuh emosi:
“Thank you Mimi bagi pinjamkan Zainol walaupun sekejap.”
Rakan-rakan lain turut meninggalkan komen, termasuk berkongsi rasa sebak melihat kenangan yang ditinggalkan arwah bersama kru dan sahabat-sahabatnya.
Seorang netizen menyifatkan senyuman Zainol sebagai sesuatu yang mahal, selain mendoakan agar sifatnya yang suka memudahkan urusan orang lain, mudah tersenyum dan lemah lembut menjadi kebaikan buat dirinya.
Pemergian Kapten Zainol bersama empat lagi mangsa dalam nahas pada 8 September lalu sememangnya meninggalkan kesan mendalam.
Bagi rakan-rakan yang pernah mengenalinya, kenangan tentang seorang Zainol yang mudah tersenyum, suka bergurau dan sentiasa bersedia membantu mungkin menjadi antara perkara yang paling mereka rindukan selepas ini. – The Malaysian Update
The post “Takkan Ada Dah Orang Nak Minta Tolong Aku Patchkan” – Rakan Kenang Sosok Kapten Zainol Yang Mudah Terhibur appeared first on The Malaysian Update.

![[VIDEO] He so excited! He knows it’s you – Isteri Kapten Zainol](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/49f6fde5-0d07-456b-b5dc-4717ba9d9382-1024x654.jpeg)




![[VIDEO] Dakwah, solat sunat amalan Allahyarham Kapten Zainol Afiq](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kapten-helikopter-terhempas-1024x768.jpeg)