Takut digertak ‘scammer’, suri rumah kerugian RM472,000

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 10:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Takut digertak ‘scammer’, suri rumah kerugian RM472,000

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut digertak bakal dikenakan tindakan perundangan atas dakwaan kononnya terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram, seorang suri rumah kerugian RM472,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, wanita berusia 46 tahun itu telah dihubungi individu tidak dikenali mengaku kononnya pegawai sebuah kementerian pada 5 Ogos lalu.

“Mangsa panik apabila dia didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti penyebaran saham pelaburan, bantuan kerajaan dan peluang pekerjaan.

“Panggilan telefonnya selepas itu pula disambung kepada individu lain kononnya anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita itu kemudiannya diarahkan memberitahu nombor Mykadnya sebelum didakwa pula kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata, suri rumah semakin panik apabila digertak kononnya waran tangkap terhadapnya sudah dikeluarkan sebelum panggilan telefon disambung pula kepada individu lain kononnya timbalan pendakwa raya.

“Suspek wanita yang menyamar timbalan pendakwa raya tersebut menawarkan penyelesaian kes dengan syarat mangsa perlu membuat pembayaran.

“Dia juga berjanji kononnya wang mangsa berkenaan akan pulangkan semula setelah siasatan kes selesai sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Takut digertak ‘scammer’, suri rumah kerugian RM472,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved