Talk To My Manager Akan Bertukar Jadi…, DSV Usik Fazley Yaakob - “Ready Abang Ek”

12 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Talk To My Manager Akan Bertukar Jadi…, DSV Usik Fazley Yaakob - “Ready Abang Ek”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran berbaur usikan terhadap bakal suaminya yang juga penyanyi dan  cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.Menerusi perkongsian di Threads, DSV yang baru sahaja dilamar pada Selasa malam dilihat telah mengusik Fazley sambil mengatakan bahawa ‘Talk To My Manager’ bakal bertukar menjadi ‘Talk To My Wife’.“Talk to my manager will turns to talk to my wife.“Hahahah ready abang ek,” tulisnya berseloroh.Gurauan tersebut nyata meraih perhatian ramai memandangkan DSV dan Fazley mula berkenalan dan rapat menerusi program realiti terbitan Astro iaitu Talk To My Manager musim kedua.Terdahulu, Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved