Taman Tema Dragon Ball Kedua Akan Dibuka Di Perancis

WorldEntertainment
26 Aug 2026 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah lagi taman bertemakan manga terkemuka Dragon Ball akan dibuka pula di Paris, Perancis. Pengumuman pembinaannya dilakukan oleh Presiden Perancis Emanuel Macron dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam sebuah majlis tanda tangan MOU di Paris pada Isnin lalu.

Image from: Taman Tema Dragon Ball Kedua Akan Dibuka Di Perancis

Taman tema Dragon Ball ialah salah satu daripada tiga yang bakal dibina di Cergy-Pontoise, kira-kira 30 km dari Paris dengan kos mencecah €6 billion (~RM 28 bilion). Projek dikendalikan oleh Qiddiya, anak syarikat dana kekayaan berdaulat Arab Saudi. Apakah tema yang akan digunakan oleh dua lagi taman belum lagi diumumkan. Apabila siap kelak, ia akan mewujudkan 22,000 ruang pekerjaan yang lebih besar berbanding 20,000 pekerjaan di Disneyland Paris.

Ia adalah taman tema Dragon Ball yang kedua diumumkan dengan yang pertama akan dibuka di Qiddiya City, Arab Saudi dengan keluasan 500,000 meter persegi. Antara yang disahkan akan dibina ialah rumah Datuk Kame, planet Beerus dan bangunan Capsule Corporation. Watak-watak Dragon Ball dari manga asal hinggalah siri animasi Dragon Ball Super akan dapat dilihat di sekitar taman apabila ia siap kelak.

Terdapat lebih 30 tarikan kesemuanya dengan lima daripadanya boleh dinaiki oleh pelawat. Sebuah patung Dewa Naga setinggi 70 meter juga akan dibina bagi melengkapkan pengalaman dunia Dragon Ball.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved