Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang

25 Sep 2026 • 8:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penantian 36 tahun akhirnya terjawab buat skuad sepak takraw negara apabila kejayaan meraih emas regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 turut disusuli habuan istimewa.

Setiap pemain bakal menerima ganjaran tambahan RM10,000 selepas Malaysia menewaskan Thailand 2-0 dalam aksi final di Nagoya City Mizuho Arena.

Ganjaran dinaikkan selepas cipta sejarah

View on Threads

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Redzuan berkata, jumlah tersebut pada asalnya ditetapkan RM7,000 sebelum dinaikkan susulan kejayaan luar biasa skuad negara.

Keputusan itu mendapat persetujuan semua ahli majlis PSM sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan perjuangan para pemain sepanjang kejohanan.

Image from: Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang

Ganjaran untuk mereka memang ada, ikut pusingan, tetapi selepas mereka menang tadi, saya rasakan kami patut naikkan ganjaran ini dan semua ahli exco bersetuju.- Kata Sumali.

Kemenangan itu cukup bermakna apabila Malaysia akhirnya kembali meraih emas acara regu berpasukan Sukan Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi Beijing 1990.

Lahirnya The Golden Tigers

Image from: Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang

Bukan setakat membawa pulang emas, skuad sepak takraw negara kini turut mempunyai identiti baharu apabila secara rasmi diberikan jolokan “The Golden Tigers”.

Menurut Sumali, idea itu tercetus selepas melihat beberapa pasukan kebangsaan lain mempunyai gelaran tersendiri termasuk Harimau Malaya dalam bola sepak dan Speedy Tigers bagi hoki.

Image from: Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang

Bola Sepak ada gelaran Harimau Malaya, manakala Hoki pula dipanggil Speedy Tiger, jadi saya dapat idea dan hari ini kita sepakat memanggil skuad sepak takraw negara dengan nama The Golden Tigers.- Kata Sumali.

Beliau turut mendedahkan persoalan mengenai nama jolokan skuad sepak takraw pernah dibangkitkan sebelum ini, termasuk oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

The post Tamat Penantian 36 Tahun, Ganjaran Skuad Takraw Naik Kepada RM10,000 Setiap Seorang appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved