Tanah runtuh: Jalan Batu Arang-Ijok ditutup kedua-dua arah

7 Nov 2026 • 2:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tanah runtuh: Jalan Batu Arang-Ijok ditutup kedua-dua arah

Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley, Rawang, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan di kedua-dua arah susulan kejadian tanah runtuh akibat kegagalan cerun pada Khamis lepas.

KUALA LUMPUR: Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Batu 32, berdekatan Fruit Valley, Rawang, ditutup kepada semua kenderaan di kedua-dua arah susulan kejadian tanah runtuh, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 11 malam.

“Siasatan awal polis bersama pihak Bomba Batu Arang di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan tanah berikutan kegagalan cerun atas dan bawah serta sebahagian struktur jalan.

“Pihak bomba memaklumkan runtuhan ini mengakibatkan satu laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui dan memaklumkan penutupan jalan kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved