Tanah runtuh Paya Terubong: Dua jam operasi bawa keluar mangsa tertimbus

25 Oct 2026 • 1:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tanah runtuh Paya Terubong: Dua jam operasi bawa keluar mangsa tertimbus

GEORGE TOWN – Mayat lelaki warga emas yang terperangkap di bawah timbunan tanah runtuh di kediamannya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, Ayer Itam di sini, berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 11.20.pagi tadi.

Operasi membawa keluar mayat mangsa iaitu Dr. Wong Kar Lin, 73 itu dilakukan pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, selepas kematian disahkan pada pukul 9.10.pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan di bahagian dapur rumah Kelas A berkenaan, selepas dipercayai dihempap tiang konkrit akibat runtuhan tanah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pengesahan kematian mangsa dibuat berikutan kecederaan trauma parah yang dihadapi mangsa.

“Kematian mangsa terlebih dahulu disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian pagi tadi. keadaan mayat mangsa masih sempurna ketika dibawa keluar tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, tadi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, mangsa yang maut tinggal di kediaman itu bersama
Isteri dan ibu mentuannya.

“Mangsa berada di tingkat bawah berhampiran dapur, manakala isteri dan ibu mentuanya berada di tingkat atas. Kedua-dua wanita itu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Hujan berterusan sejak semalam dipercayai menyebabkan berlakunya tanah di cerun berkenaan tidak stabil sehingga mengakibatkan runtuhan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.36 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi dua minit kemudian. -KOSMO! ONLINE

The post Tanah runtuh Paya Terubong: Dua jam operasi bawa keluar mangsa tertimbus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved