
"Tanda Kasih," Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang, Rai Hari Malaysia
Hari ini menjadi satu lagi tanggal bermakna buat negara apabila rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Dalam kemeriahan sambutan itu, beberapa penduduk di Gaza turut sama meraikan hari bersejarah tersebut.
Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang
Menerusi perkongsian Cinta Gaza Malaysia di Instagram, mereka dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin sempena Hari Malaysia.

Meskipun berdepan keadaan yang sukar, mereka tetap mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan dan solidariti terhadap Malaysia.
“Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.
“Sebuah tanda bahawa kasih dan solidariti antara Malaysia dan Palestin terus merentasi sempadan.
Dari Gaza Buat Malaysia, Mural Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Terlakar Pada Runtuhan Konkrit
Tiada Tempat Selamat Di Gaza – Pengurus MyCARE Gaza
“Semoga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menjadi kenyataan buat rakyat Palestin suatu hari nanti.
“Selamat Hari Malaysia daripada Gaza buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Cinta Gaza Malaysia.

Sebelum ini, beberapa penduduk Gaza turut menghasilkan mural khas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.



![[VIDEO] ‘Dari Gaza, Selamat Hari Malaysia’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/4bc54d62-04ca-432e-84ce-c868d0e8d6a2-1024x575.jpeg)


