[VIDEO] ‘Dari Gaza, Selamat Hari Malaysia’

16 Sep 2026 • 11:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Dari Gaza, Selamat Hari Malaysia’

PETALING JAYA – Rakyat Gaza turut meraikan sambutan Hari Malaysia apabila Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera Palestin dalam satu hantaran yang tular di aplikasi Threads.

Menerusi perkongsian oleh Cintagazamalaysia itu, suasana berkenaan dirakam sebagai simbol solidariti rakyat Palestin terhadap Malaysia meskipun berdepan pelbagai cabaran.

“Dari Gaza, Selamat Hari Malaysia!. Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin,” tulis hantaran itu.

Jelas Cintagazamalaysia, pengibaran kedua-dua bendera tersebut menjadi tanda kasih dan solidariti antara Malaysia dengan Palestin yang terus merentasi sempadan.

“Semoga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menjadi kenyataan buat rakyat Palestin suatu hari nanti,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berterima kasih kepada seluruh rakyat Gaza dan mereka turut mendoakan agar Gaza juga akan merdeka suatu hari nanti.

“Terima kasih Gaza, semoga Palestin juga merdeka dari cengkaman rejim Zionis dan
semoga tanah air Malaysia aman makmur dari segala ancaman luar, termasuk pendatang asing dan pelarian seperti Rohingya,” tulis Mturkn_vic.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sitihalidah_26.

“Terima kasih Gazaku. InshaAllah bebaskan Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Dari Gaza, Selamat Hari Malaysia’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved