Tandatangan Proklamasi jadi tanda tanya, MB enggan komen

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 8:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tandatangan Proklamasi jadi tanda tanya, MB enggan komen

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim enggan mengulas berhubung isu tandatangan beliau pada dokumen proklamasi yang menjadi perhatian ketika ini.

Ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini malam tadi, Ismail hanya berkata tiada apa yang mahu dikomen berhubung perkara berkenaan.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang bermula kira-kira pukul 8 malam itu bagaimanapun hanya selesai pada pukul 1.58 pagi tadi.

Ketika ditanya sekali lagi mengenai isu berkenaan selepas mesyuarat, beliau hanya mengangkat kedua-dua tangannya ke atas sebelum beredar.

Difahamkan, mesyuarat Exco berkenaan diadakan pada malam tadi susulan kesemua barisan Exco daripada UMNO akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur yang bermula hari ini.

Terdahulu Datuk Maarof Mat Rashad dalam satu sidang media bersama Abdul Rahim Yasin serta Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah menunjukkan dokumen yang didakwa tandatangan Ismail dalam surat cara proklamasi berkaitan Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Tandatangan Menteri Besar itu tertera pada surat cara proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu yang antara lain menyentuh keputusan Undang Yang Empat berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 19 April lalu.- KOSMO! ONLINE

The post Tandatangan Proklamasi jadi tanda tanya, MB enggan komen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved