Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kerajaan Indonesia menggesa semua jemaah umrah negara berkenaan supaya tidak memilih perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan mereka membuat perhentian transit di Malaysia mahupun Singapura.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak, pihak kerajaan menyarankan agar para jemaah memberikan keutamaan kepada penerbangan terus (direct flight) menggunakan syarikat penerbangan nasional.
View on Threads
Artikel berkaitan: Hujan Turun Dengan Lebat, Anggota ‘Damkar’ & Sukarelawan Indonesia Sebak, Menangis Kegembiraan
Artikel berkaitan: “Jangan hina Indonesia!” – Prabowo Beri Amaran Keras, Sedia Dedah Syarikat Asing Dalang Jerebu
Demi Kukuhkan Ekonomi Tempatan & Keselamatan Jemaah
Bercakap dalam laporan media tempatan Sindonews, Dahnil menjelaskan bahawa langkah itu penting bagi mengukuhkan ekonomi tempatan serta memastikan keselamatan perjalanan sepanjang proses penerbangan jemaah umrah.
“Sementara ini jangan dulu memilih penerbangan transit, seperti ke lapangan terbang Malaysia mahupun Singapura. Sebaliknya, utamakan penerbangan terus,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kerjasama erat yang diberikan dalam memudahkan urusan penganjuran ibadah umrah bagi jemaah dari Indonesia.
Fokus Utama Kebajikan Jemaah
Tambah beliau lagi, keutamaan pihak kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan semua jemaah dapat beribadah dengan sempurna, selesa, serta selamat sewaktu berlepas hinggalah selamat pulang semula ke tanah air.
Saranan ini dijangka memberi kesan kepada aliran penumpang umrah dari Indonesia yang sebelum ini kerap menggunakan perkhidmatan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Sumber: Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![“Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jemaah-umrah-indonesia-digesa-amik-flight-direct.jpg?t=1793174899)


