Tecno Akan Memperlihatkan Telefon Dengan Aksesori Modular Bermagnet Di MWC

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 7:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak disangka Tecno mungkin akan memberikan kejutan di lantai acara MWC Barcelona 2026 tahun ini. Menerusi beberapa imej acah yang dikongsi di media sosial, Tecno mengesahkan mereka akan memperlihatkan sebuah telefon pintar yang mempunyai pelbagai aksesori modular bermagnet.

image is not available

Dapat dilihat telefon ini mempunyai tubuh ultra nipis dengan hanya satu kamera di belakang. Tetapi terdapat aksesori kamera telefoto lengkap dengan pemegang yang mengubah telefon menjadi sebuah kamera digital. Turut dihasilkan ialah aksesori kamera aksi yang lebih kecil.

image is not available

Selain itu dapat dilihat aksesori alat kawalan permainan fizikal, tali lanyard, powerbank, sebuah lagi modul kamera (mungkin sudut lebar), dan beberapa lagi yang tidak dapat kami kenal pasti. Misteri mengenai peranti ini akan diketahui di MWC Barcelona minggu depan. Berdasarkan rekaan ia mungkin peranti konsep.

image is not available