Teknologi stem sel bantu percepat rawatan pemulihan atlet

SportsHealth & Fitness
26 Oct 2026 • 5:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teknologi stem sel bantu percepat rawatan pemulihan atlet

PETALING JAYA – Selangor FC meneroka potensi teknologi sel stem dalam pengurusan kecederaan sukan menerusi kerjasama strategik dengan Yakin Splendour Sdn. Bhd. (YAKIN) yang dilantik sebagai Rakan Sel Stem Rasmi kelab itu.

Kerjasama berkenaan dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) bagi menggabungkan kepakaran YAKIN dalam teknologi sel stem mesenkimal tali pusat (UC-MSC) dengan persekitaran sukan profesional Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, kesihatan dan kebajikan jangka panjang pemain sentiasa menjadi keutamaan kelab itu.

“Selangor FC sentiasa meletakkan kebajikan dan kesihatan jangka panjang pemain sebagai keutamaan tertinggi kami.

“Kerjasama dengan YAKIN membolehkan kami memperluaskan lagi pemahaman mengenai perubatan regeneratif dan mengetahui bagaimana inovasi ini dapat menyumbang kepada pengurusan kecederaan sukan serta pemulihan atlet,” katanya pada majlis MoU itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pengarah YAKIN, Datuk Steven Lai.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan meneroka peluang perkongsian pengetahuan, pendidikan dan kerjasama dalam bidang teknologi sel stem, perubatan regeneratif, kecederaan sukan serta pemulihan atlet.

Sementara itu, Steven Lai berkata, pelantikan itu merupakan pencapaian bermakna bagi syarikat berkenaan dalam usaha menghubungkan bidang perubatan regeneratif dengan komuniti sukan profesional di Malaysia.

Menurutnya, kerjasama itu turut membuka ruang kepada penyelidikan, pendidikan dan inovasi secara bertanggungjawab, selain meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai teknologi sel stem.

Beliau berkata, gabungan kepakaran penyelidikan YAKIN dengan persekitaran berprestasi tinggi Selangor FC diharap dapat menyumbang kepada perkembangan penjagaan kesihatan sukan di negara ini.-KOSMO!ONLINE

The post Teknologi stem sel bantu percepat rawatan pemulihan atlet appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved