Model AI ILMU Turut Ditawarkan Kepada Perniagaan Lain Untuk Diintegrasikan Dalam Pembangunan

LocalTechnology
12 Aug 2025 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengumuman berkenaan ILMUchat, pihak YTL turut telah mengemaskini halaman sehenti untuk ILMU, sekaligus memperlihatkan kini membuka akses kepada model bahasa raya ILMU oleh sesiapa sahaja yang ingin mengintegrasikannya pada aplikasi dan penawaran masing-masing.

ILMU atau singkatan kepada “Intelek Luhur Malaysia Untukmu”, dikatakan dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, dan dioptimasikan untuk penggunaan bahasa, budaya dan realiti harian tempatan. Ia juga turut disesuaikan untuk semua peringkat umur dan tahap pekerjaan. Model bahasa ILMU ini juga hadir dalam bentuk multi-model, membolehkan ia berinteraksi dalam bentuk teks, suara dan juga visual.

Mengikut perbandingan yang diperlihatkan, ILMU dilihat menerajui pasaran jikalau dibandingkan yang lain, terutamanya dalam bahasa Malaysia.

image is not available

ILMU ini akan ditawarkan kepada umum melalui ILMUchat. Sementara untuk perniagaan pula, beberapa kaedah penggunaan diperlihatkan, termasuk untuk perbankan (oleh Ryt Bank), integrasi pada sistem inforia kenderaan, dan juga kebolehan untuk membuat terjemahan dan sarikata.

Mengikut penyearaian pada laman ILMU, input teks dikenakan caj sebanyak $1.20 untuk sejuta token, sementara output pula dikenakan caj sebanyak $7 untuk sejuta token.

Selari pengumuman ini juga, ILMU turut hadir dengan program pemecut menyasarkan syarikat yang ingin mengintegrasikannya, dimana akan menerima geran bernilai $1 juta token ILMU untuk digunakan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Permohonan untuknya boleh dilakukan hari ini melalui laman rasmi ILMU.